SEJARAH 8.19 PERJANJIAN HUDAIBIAH DITANDATANGANI

8.19 PERJANJIAN HUDAIBIAH DITANDATANGANI

1. Tidak lama kemudian datang wakil pihak Quraisy diketuai oleh Suhail bin Amr ke Hudaibiah untuk berunding dengan pihak Islam.
2. Setelah diadakan perbincangan yang hangat,maka mereka bersetuju mengadakan perjanjian yang dikenali sebagai perjanjian Hudaibiah.
3. Perjanjian ini ditandatangani pada bulan Zulkaedah tahun keenam Hijrah.
4. Perjanjian ini ditulis oleh Sayidina Ali bin Abu Talib.
5. Antara syarat-syarat adalah seperti berikut:
   (a) Genjatan senjata antara kedua-dua pihak berjalan selama sepuluh tahun;
   (b) Orang Quraisy yang pergi ke pihak Islam tanpa izin walinya mesti dihantar pulang ke Mekah;
   (c) Orang Islam yang pergi ke Mekah tertahan di sana,tidak mesti dipulangkan ke Madinah;
   (d) Nabi Muhammad(s.a.w.) dan orang-orang Islam tidak dibenarkan masuk ke Mekah pada tahun ini(6 Hijrah) dan boleh ke Mekah pada tahun tujuh Hijrah;
   (e) Kabilah Arab boleh berikat setia sama ada dengan pihak Islam atau pihak Quraisy.
6. Semasa Sayidina Ali menulis perjanjian ini,maka Suhail menunjukkan sikap yang keras tetapi Rasulullah(s.a.w.) berlembut hati atau bertolak ansur supaya perjanjian ini dapat dilaksanakan juga.
7. Rasulullah(s.a.w.) menepati perjanjian ini iaitu Abu Jandal seorang Islam yang tertahan di Mekah meminta perlindungan Islam,tetapi diserahkan kepada pihak Quraisy semula.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl 

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH