SEJARAH 8.20 KEGIATAN SELEPAS PERJANJIAN HUDAIBIAH

8.20 KEGIATAN SELEPAS PERJANJIAN HUDAIBIAH

1. Setelah Perjanjian Hudaibiah dibuat,maka kedudukan Islam semakin bertambah kuat dan aman daripada gangguan pihak Quraisy.
2. Rasulullah(s.a.w.) mula mengirim surat menyampaikan seruan Islam kepada:
   (a) Heraklius,Maharaja Rom;
   (b) Kisra,Maharaja Farsi;
   (c) Najasyi,Maharaja Habsyah;
   (d) Al-Muqauqis,Gabenor Mesir;
   (e) Raja Ghassan;
   (f) Raja Yamamah;
   (g) Raja Oman.
3. Ada pemerintah yang menerima dengan baik dan ada pula yang menerima dengan kekerasan seperti Maharaja Farsi yang dengan marah mengoyak surat itu.
4. Khaibar terletak di sebelah utara Madinah.
5. Pada tahun ketujuh Hijrah pula,telah berlaku peperangan di antara orang-orang Islam dengan gabungan Yahudi Padak,Wadil Qura,Tamak dan Khaibar di Khaibar yang terletak di utara Madinah.
6. Peperangan ini berlaku kerana gabungan ini mahu menyerang Madinah.
7. Tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah(s.a.w.) dengan 1600 orang telah dapat mengalahkan golongan Yahudi ini.
8. Setelah mereka dikalahkan maka mereka meminta ampun dan berjanji tidak akan mengancam Islam lagi.Rasulullah(s.a.w.) memaafkan mereka.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH