SEJARAH 8.18 PERJANJIAN RIDWAN

8.18 PERJANJIAN RIDWAN

1. Kedua-dua pihak menghantar utusan untuk berunding,tetapi utusan Islam dimaki dan dihina oleh pihak Quraisy sehinggakan orang Islam menjadi marah tetapi disabarkan oleh Rasulullah(s.a.w.). 
2. Tiap-tiap malam pula khemah-khemah orang Islam dibaling dengan anak-anak batu oleh pemuda-pemuda Quraisy.Orang Islam menangkap mereka itu tetapi dimaafkan oleh Rasulullah(s.a.w.) sebagai bukti tujuan kedatangan Islam adalah baik.
3. Kemudian Sayidina Usman bin Affan mengetuai utusan Islam masuk ke kota Mekah menemui Abu Sufian bin Harb bagi membincangkan masalah kedatangan mereka.
4. Usman dan rombongannya lambat sedikit pulang ke Hudaibiah sehinggakan timbul rasa bimbang di hati orang-orang Islam tentang keselamatan rombongan Usman.
5. Orang-orang Islam berikrar atau berjanji setia akan menuntut bela jika terjadi perkara yang buruk ke atas rombongan Usman.
6. Selepas perjanjian itu dibuat,maka tiba-tiba Usman pulang dan mereka membatalkan perjanjian ini.
7. Perjanjian ini dikenali dengan nama Perjanjian Ridwan yang berlaku pada tahun keenam Hijrah.
8. Perjanjian ini dinamakan Perjanjian Ridwan kerana ikrar atau janji setia dibuat berhampiran dengan Telaga Ridwan dan di bawah sepohon kayu.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH