SEJARAH 7.23 HIJRAH KALI YANG KEDUA KE HABSYAH DAN TAHUN DUKACITA

7.23 HIJRAH KALI YANG KEDUA KE HABSYAH DAN TAHUN DUKACITA

1. Sekali lagi orang-orang Islam berhijrah ke Habsyah.Kali ini disertai oleh sebanyak lapan puluh tiga orang lelaki dan lapan belas orang perempuan.
2. Tetapi apabila diketahui bahawa Sayidina Umar iaitu orang yang kuat menentang Islam telah masuk Islam,maka ada di antara mereka yang pulang ke Mekah.Ada yang berhijrah ke Madinah pula apabila Rasulullah berhijrah ke sana tidak lama kemudian,termasuk Jaafar bin Abu Talib. 
3. Tahun 620 Masihi atau tahun kesepuluh Rasulullah menyiarkan agama Islam disebut Tahun Dukacita kerana Khadijah dan Abu Talib telah meninggal dunia.
4. Orang-orang Quraisy semakin hebat menyeksa Rasulullah(s.a.w.) setelah kematian Khadijah dan Abu Talib kerana selama ini mereka segan kepada kedua-dua orang itu.
5. Rasulullah(s.a.w.) dan Zaid bin Harisah telah pergi ke Taif untuk menemui suku Saqif untuk mendapat perlindungan tetapi telah diejek,dimaki dan dihina serta dilontar dengan batu sehingga kaki baginda berdarah.
6. Kemudian Rasulullah(s.a.w) pulang ke Mekah semula.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH