SEJARAH 7.26 HIJRAH KE MADINAH

7.26 HIJRAH KE MADINAH

1. Orang-orang Quraisy mendapat tahu bahawa Islam telah berkembang di luar kota Mekah dan hal Perjanjian Aqabah.
2. Mereka mengadakan mesyuarat untuk mencegah perkara ini supaya tidak berkembang lebih jauh.Keputusan yang dicapai ialah Rasulullah(s.a.w.) mesti dibunuh dahulu. 
3. Apabila Rasulullah(s.a.w.) mendapat tahu akan niat orang-orang Quraisy melalui wahyu daripada Allah,maka Rasulullah(s.a.w.) pun membuat rancangan untuk berpindah ke Madinah.
4. Semasa rumah Rasulullah(s.a.w.) dikepung oleh orang-orang Quraisy,maka Rasulullah(s.a.w) telah meninggalkan rumahnya menuju ke Gua Sur bersama Abu Bakar lalu bersembunyi di sana tanpa disedari oleh orang-orang Quraisy.
5. Orang-orang Quraisy menjadi gempar akan kehilangan Rasulullah(s.a.w) dan mereka menawarkan hadiah yang lumayan kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah(s.a.w.) samaada hidup atau mati.
6. Tiga hari Rasulullah(s.a.w.) bersembunyi di Gua Sur sebelum pergi ke Madinah.Rasulullah(s.a.w.) disambut dengan begitu meriah sekali oleh orang-orang Madinah.
7. Orang yang menyediakan kenderaan dan penunjuk jalan kepada Rasulullah(s.a.w.) dan Abu Bakar ialah Abdullah bin Uraizah.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH