SEJARAH 8.3 MENDIRIKAN MASJID DAN MENTENTERAMKAN MADINAH

8.3 MENDIRIKAN MASJID DAN MENTENTERAMKAN MADINAH

1. Tahun perpindahan Rasulullah(s.a.w.) dari Mekah ke Madinah dikenali sebagai tahun Hijrah.
2. Setelah berhijrah ke Madinah,Rasulullah(s.a.w.) mendirikan masjid dan berhampiran dengannya didirikan tempat tinggal Rasulullah(s.a.w.).
3. Ketika sampai di Madinah,Rasulullah(s.a.w.) awalnya menumpang di rumah Ayub Al-Ansari.
4. Rasulullah(s.a.w.) menyatukan suku Aus dan suku Khazraj dengan nama Al-Ansar.
5. Orang Islam yang berhijrah dari Mekah ke Madinah dinamakan Muhajirin.
6. Untuk mengikat persaudaraan antara orang Ansar dengan orang Muhajirin,orang Muhajirin dimestikan tinggal bersama-sama dengan orang Ansar(keluarga angkat).
7. Rasulullah juga mengikat perjanjian dengan orang-orang Yahudi.Syarat-syarat perjanjian yang dibuat:
   (a) Mengakui hak kebebasan beragama iaitu orang Islam dan orang Yahudi bebas melakukan urusan agama masing-masing tanpa gangguan daripada mana-mana pihak;
   (b) Tidak boleh bermusuhan di antara Islam dengan Yahudi;
   (c) Masing-masing wajib mempertahankan Madinah jika diserang oleh musuh;
   (d) Jika terdapat perselisihan di antara kedua-dua pihak,maka orang yang menjadi hakim ialah Rasulullah(s.a.w.) sendiri;
   (e) Keselamatan orang-orang Yahudi terjamin selagi mereka taat akan perjanjian yang dibuat.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH