SEJARAH 7.25 ISLAM BERKEMBANG KE MADINAH

7.25 ISLAM BERKEMBANG KE MADINAH

1. Selama sepuluh tahun Rasulullah(s.a.w.) mengembangkan Islam di Mekah,baginda banyak mendapat tentangan daripada orang-orang Quraisy.
2. Rasulullah(s.a.w.) mula menyampaikan ajaran Islam kepada orang yang datang ke Mekah bagi mengerjakan ibadat haji.
3. Sebanyak enam orang dari suku Khajraj dari Madinah memeluk Islam ketika mereka datang ke Mekah untuk mengerjakan haji pada tahun kesebelas selepas baginda menjadi rasul.
4. Mereka kembali ke Madinah untuk menyampaikan ajaran Islam dan banyak pula yang masuk Islam.
5. Rasulullah(s.a.w.) menghantar Musaab bin Umair ke Madinah sebagai guru agama di sana.
6. Pada tahun seterusnya,sebanyak tujuh puluh tiga orang dari Madinah telah menemui Rasulullah(s.a.w.) di Aqabah bagi mengajak Rasulullah(s.a.w.) berhijrah ke Madinah.Mereka membuat perjanjian akan menjaga Rasulullah(s.a.w.) serta bersama-sama mengembangkan Islam.Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Aqabah.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH