SEJARAH 8.2 KEADAAN KOTA MADINAH SEBELUM HIJRAH

8.2 KEADAAN KOTA MADINAH SEBELUM HIJRAH

1. Sebelum Rasulullah(s.a.w.) berhijrah ke Madinah,keadaan kota ini huru-hara kerana kaum Aus dan Khazraj sentiasa berperang akibat hasutan orang-orang Yahudi.
2. Peperangan berlaku di antara mereka selama seratus dua puluh tahun lamanya.
3. Tahun kesepuluh daripada Rasulullah(s.a.w.) menjadi rasul,telah berlaku peperangan besar yang mana Khazraj yang menerima bantuan Yahudi An-Nadhir dan Qainuqak mencapai kemenangan.
4. Suku Aus meminta bantuan orang Mekah tetapi gagal kerana orang-orang Quraisy sedang menghadapi kesulitan menghadapi Rasulullah(s.a.w) yang sedang mengembangkan Islam.Utusan mereka bernama Anas bin Rafik dan Ilias bin Muaz.
5. Walau bagaimanapun berlaku juga peperangan yang terakhir di antara mereka,di mana Aus mencapai kemenangan.
6. Peperangan ini dikenali dengan nama Peperangan Bu'as" ".

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH