SEJARAH 7.17 PERLANTIKAN NABI(S.A.W.) MENJADI RASUL

7.17 PERLANTIKAN NABI(S.A.W.) MENJADI RASUL

1. Wahyu terhenti selama empat puluh hari.Ini agar:
   (a) memberikan peluang kepada Nabi(s.a.w.) untuk berehat;
   (b) timbul keinginan yang mendalam di hati Nabi(s.a.w.) untuk menerima wahyu seterusnya.
2. Wahyu seterusnya turun semasa Nabi(s.a.w.) di dalam keadaan berselimut setelah kembali dari Gua Hirak yang mana Nabi(s.a.w.) melihat Malaikat Jibrail.Maka timbullah perasaan cemas dan takut apabila teringat akan pelukan Jibrail semasa di Gua Hirak dahulu.
3. Wahyu itu ialah dari Surah al-Mudassir ayat 1-7:
   يَٰٓأَيُّهَا ٱلْمُدَّثِّرُ   قُمْ فَأَنذِرْ   وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ   وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ   وَٱلرُّجْزَ فَٱهْجُرْ   وَلَا تَمْنُن تَسْتَكْثِرُ   وَلِرَبِّكَ فَٱصْبِرْ
  Ertinya:Wahai orang yang sedang berselimut.Bangunlah dan berilah amaran.Dan hendaklah engkau sucikan pakaianmu.Jauhilah perbuatan dosa.Dan janganlah engkau membangkit-bangkitkan pemberian kerana hendakkan balasan yang berganda.Dan hendaklah bersabar kepada Tuhanmu.
4. Apabila ayat ini diturunkan,maka terlantiklah Nabi(s.a.w.) sebagai rasul(utusan) Allah.
5. Khadijah merupakan orang perempuan yang pertama beriman kepada Allah(memeluk Islam).

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH