SEJARAH 7.19 MENYAMPAIKAN SERUAN ISLAM SECARA TERUS TERANG

7.19 MENYAMPAIKAN SERUAN ISLAM SECARA TERUS TERANG

1. Nabi(s.a.w.) menerima wahyu yang menyuruhnya menyeru secara terus terang sebagaimana firman Allah di dalam surah as-Syuara ayat 214:
   وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ ٱلْأَقْرَبِينَ
   Ertinya:Dan hendaklah engkau beri amaran kepada keluargamu yang terdekat.
2. Nabi(s.a.w.) mengadakan jamuan untuk menyampaikan seruannya.Maka ada yang menerima dan ada yang menentangnya.
3. Rasulullah(s.a.w.) menerima wahyu lagi iaitu surah al-Hijr ayat 94-95:
   فَٱصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ ٱلْمُشْرِكِينَ
   إِنَّا كَفَيْنَٰكَ ٱلْمُسْتَهْزِءِينَ  
   Ertinya:Maka siarkan apa-apa yang diperintahkan dan jangan pedulikan orang-orang musyrikin itu.Sesungguhnya Kamilah yang memelihara engkau daripada orang-orang yang memeperolok-olokkan itu.
4. Setelah itu Rasulullah(s.a.w.) mengadakan perhimpunan di Bukit Safa untuk menyampaikan seruannya.
5. Semasa menyampaikan seruan Islam baginda dimaki oleh bapa saudaranya Abu Lahab dan turunlah ayat dari surah al-Masad yang mencela Abu Lahab:
   تَبَّتْ يَدَآ أَبِى لَهَبٍ وَتَبَّ
   Ertinya:Celakalah dua tangan Abu Lahab dan memangnya ia celaka...
6. Sejak itu mulalah orang Quraisy memaki dan mengejek Rasulullah(s.a.w.).Tetapi ada yang memeluk Islam.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH