SEJARAH 7.16 NABI MUHAMMAD(S.A.W.) MENERIMA WAHYU

7.16 NABI MUHAMMAD(S.A.W.) MENERIMA WAHYU

1. Tatkala umur Nabi(s.a.w.) empat puluh tahun,ia mula mengasingkan diri daripada orang ramai di Gua Hirak yang terletak di Jabal Nur untuk:
   (a) beribadat;
   (b) berfikir tentang pencipta alam ini;
   (c) berfikir tentang keadaan masyarakatnya.
2. Semasa Nabi(s.a.w.) di Gua Hirak,maka pada 17 Ramadhan(bersamaan 6 Ogos 610 Masihi) tatkala umur Nabi(s.a.w.) 40 tahun 6 bulan,telah turun ayat Al-Quran(wahyu) yang pertama dari surah al-Alaq ayat 1-5:
   ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ
خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِنْ عَلَق
ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ
ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ
عَلَّمَ ٱلْإِنسَٰنَ مَا لَمْ يَعْلَم
   Ertinya:Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan.Yang menjadikan manusia daripada segumpal darah.Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Mulia yang mengajar manusia dengan pena.Ia mengajar manusia tentang apa yang tidak diketahuinya.
3. Siti Khadijah kemudian membawa Nabi(s.a.w.) berjumpa dengan sepupunya yang alim yang beragama Nasrani iaitu Waraqah bin Nawfal.Beliau memberitahu Nabi(s.a.w.) bahawa Nabi(s.a.w.) telah dilantik oleh Allah menjadi RasulNya.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH