SEJARAH 7.22 MEMULAUKAN PERKAMPUNGAN BANI HASYIM

7.22 MEMULAUKAN PERKAMPUNGAN BANI HASYIM

1. Orang-orang Quraisy mengadakan mesyuarat untuk memulaukan Nabi(s.a.w) dan pengikutnya dengan tujuan untuk melemahkan semangat orang-orang Islam.
2. Antara keputusan yang dicapai ialah:
   (a) menyekat perniagaan dengan orang Islam;
   (b) melarang sesiapa sahaja memberikan sebarang pertolongan kepada orang Islam;
   (c) menghukum orang yang melanggar keputusan ini.
3. Keputusan ini ditandatangani oleh pembesar-pembesar Quraisy dan digantung di Kaabah untuk perhatian orang ramai.
4. Mulalah orang-orang Islam mengalami kesusahan untuk mendapatkan makanan.Nabi(s.a.w.) sendiri terpaksa makan daun-daun kayu.
5. Selama tiga tahun orang-orang Islam dipulau dan setelah keputusan yang digantung itu jatuh dimakan oleh anai-anai,maka mereka membatalkan pemulauan itu.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH