FEKAH - HAJI DAN UMRAH - F PERKARA-PERKARA SUNAT DILAKUKAN DALAM IBADAH HAJI

PERKARA-PERKARA SUNAT DILAKUKAN DALAM IBADAH HAJI

Perkara sunat ketika hendak berniat:
1.Mandi sunat sebelum memakai ihram.
2.Sembahyang sunat 2 rakaat selepas memakai ihram.

Perkara sunat ketika wukuf di Padang Arafah:
1.Mandi sunat sebelum wukuf.
2.Sucikan diri daripada hadas.
3.Membanyakkan istighfar,zikir dan membaca quran.
4.Bertalbiah dan berdoa dan meninggalkan Arafah selepas waktu Isyak.

Perkara sunat ketika tawaf:
1.Sembahyang sunat 2 rakaat selepas tawaf.
2.Beristilam iaitu menjabat Hajarul Aswad dengan tapak tangan kemudian mengucupnya.
3.Melakukan berturut-turut tujuh pusingan.

Perkara sunat ketika saei:
1.Mendaki Bukit Safa dan Bukit Marwah.
2.Berlari-lari anak apabila sampai di tanda lampu hijau.
3.Keluar dari tempat saei melalui pintu Bukit Safa.

Perkara-perkara sunat ketika bercukur:
1.Bercukur dengan membotakkan kepala bagi lelaki.
2.Membaca doa ketika bercukur/bergunting.

Perkara-perkara sunat yang lain:
1.Membanyakkan bacaan Talbiah.
2.Mengerjakan haji cara Ifrad.
3.Bermalam di Mina pada malam 9 Zulhijjah.
4.Mengerjakan Tawaf Qudum.
5.Tinggal di Muzdalifah sehingga naik fajar sidiq.

Bacaan sunat Talbiah:
لَبَّيْكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لَاشَرِيْكَ لَكْ
Ertinya:HambaMu datang menyahut panggilanMu,ya Allah 
        HambaMu datang menyahut panggilanMu2x,
        Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu 
        HambaMu datang menyahut panggilanMu
        Sesungguhnya segala pujian nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu
        Tidak ada sekutu bagiMu.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH