FEKAH - HAJI DAN UMRAH - D PERKARA-PERKARA WAJIB(FARDHU) DALAM IBADAH HAJI YANG DIKERJAKAN BERSAMA-SAMA DENGAN RUKUN HAJI@UMRAH

PERKARA-PERKARA WAJIB(FARDHU) DALAM IBADAH HAJI YANG DIKERJAKAN BERSAMA-SAMA DENGAN RUKUN HAJI/UMRAH
1.Niat ihram haji/umrah di Miqat Makani iaitu di tempat yang telah ditetapkan oleh syarak untuk berihram dan berniat.
2.Bermalam di Muzdalifah.Singgah di Muzdalifah selepas wukuf di Arafah iaitu selepas tengah malam bertujuan untuk mengutip anak batu.
3.Melontar di Jamratul Aqabah selepas separuh malam 10 Zulhijjah dengan tujuh biji anak batu.
4.Bermalam di Mina pada malam 11,12 dan 13 Zulhijjah.
5.Melontar di Jamrah Ula,Jamrah Wusta dan Jamrah Aqabah pada 11,12 dan 13 Zulhijjah(hari-hari Tasyriq) mulai gelincir matahari hinggalah naik fajar sidiq kecuali pada hari ke-13 Zulhijjah hingga terbenam matahari.
6.Hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa dalam ibadah haji/umrah.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH