FEKAH - HAJI DAN UMRAH - E PERKARA-PERKARA YANG DILARANG SEMASA DALAM IHRAM HAJI@UMRAH

PERKARA-PERKARA YANG DILARANG SEMASA DALAM IHRAM HAJI/UMRAH

1.Memakai pakaian yang bersarung bagi lelaki seperti stokin,baju,kain sarung berjahit,seluar dan sebagainya.
2.Menutup kepala sama ada sebahagian atau semuanya bagi lelaki seperti memakai songkok,berserban dan sebagainya tetapi dibolehkan berpayung dan melapik kepala dengan bantal.
3.Menutup bahagian muka dengan kain dan sebagainya khususnya bagi perempuan.
4.Memakai sarung tangan.
5.Memakai bau-bauan sama ada pada badan atau pakaian.
6.Memakai minyak pada rambut,janggut,misai dan sebagainya.
7.Memotong kuku kaki atau tangan.
8.Membunuh binatang buruan sama ada di daratan atau udara.
9.Menanggalkan segala bulu di badan.
10.Bergurau senda dengan suami isteri sehingga menaikkan nafsu syahwat.
11.Melakukan persetubuhan.
12.Mengakad nikah atau menikahkan orang atau menjadi wali nikah.(Sekiranya larangan di atas dilakukan maka dikenakan dam).

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH