FEKAH - HAJI DAN UMRAH - H KETERANGAN TENTANG CARA DAN PERATURAN MENGERJAKAN HAJI

KETERANGAN TENTANG CARA DAN PERATURAN MENGERJAKAN HAJI

1.Niat ihram haji:
Syarat-syaratnya:
(a)Niat selepas memakai ihram.
(b)Niat dalam masanya(dalam Miqat Zamani).

2.Wukuf di Padang Arafah:
Pengertian wukuf:
(a)Dari segi bahasa:Berhenti
(b)Dari segi istilah:Berada di Padang Arafah antara gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga naik fajar sidiq 10 Zulhijjah walaupun sekejap sahaja.
Syarat-syarat wukuf:
(a)Berada di Padang Arafah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga naik fajar sidiq pada 10 Zulhijjah walaupun sekejap.
(b)Berkeadaan dalam ihram haji sama ada jaga atau tidur.

3.Tawaf:
Pengertian tawaf:Mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan mengikut peraturannya.
Jenis-jenis tawaf:
(a)Tawaf Qudum:Tawaf selamat datang ke Mekah,hukumnya sunat.
(b)Tawaf Ifadah(rukun):Tawaf yang wajib dilakukan.Merupakan satu daripada rukun haji.
(c)Tawaf Widak:Tawaf selamat tinggal Mekah,hukumnya wajib ditunaikan.
(d)Tawaf Ziarah(sunat):Tawaf yang sunat dilakukan apabila berada di kota Mekah,hukumnya sunat.
       Gambarajah Kedudukan Kaabah

Baitullah Al-Haram(Kaabah) Syarat-syarat dan peraturan tawaf: (a)Suci daripada hadas dan najis. (b)Hendaklah menutup aurat seperti yang termaklum dalam sembahyang. (c)Memulakan tawaf pada garisan yang bertentangan dengan Hajar Aswad. (d)Berjalan ke arah hadapan dan susuk kiri sentiasa di sebelah Kaabah. (e)Tidak berpaling niat selain daripada tawaf kerana Allah. (f)Tawaf sebanyak tujuh keliling. (g)Tawaf di dalam masjid dan di luar Kaabah. Catatan tambahan: (a)Sekiranya terkena najis dan terbatal wuduk boleh berhenti tawaf dan pergi menyucikan najis atau mengangkat wuduk,kemudian sambung di tempat yang berhenti tadi. (b)Disunatkan membaca doa seberapa banyak yang boleh. (c)Bagi yang uzur diharuskan menaiki usungan. 4.Saei Ertinya:Berulang-alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali dengan mengikut syarat-syaratnya. Syarat dan peraturan saei: (a)Hendaklah bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah. (b)Berulang-alik sebanyak tujuh kali. (c)Hendaklah dilakukan selepas Tawaf Rukun atau Tawaf Qudum. (d)Tidak berpaling niat saei selain daripada Allah. (e)Hendaklah sampai di kedua-dua bukit untuk menandakan satu kali. Catatan tambahan: (a)Bagi yang uzur diharuskan berkenderaan iaitu disediakan kereta sorong. (b)Ibadat saei boleh dilakukan tanpa wuduk. (c)Jemaah haji yang melakukan Haji Ifrad boleh melakukan saei selepas Tawaf Qudum yang dikerjakan sebaik sahaja sampai di Mekah. 5.Bercukur/Bergunting: Ertinya:Menghilangkan rambut di kepala sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Catatan tambahan: (a)Sunat bercukur semuanya bagi lelaki. (b)Bagi ibadah haji,bercukur dilakukan selepas melontar di Jamratul Aqabah pada hari 10 Zulhijjah. (c)Bagi ibadah umrah,bercukur dilakukan selepas saei. 6.Bermalam di Muzdalifah: Ertinya:Berada di Muzdalifah selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga naik fajar sidiq walaupun sekejap. Syarat-syarat: (a)Mesti berada di bumi Muzdalifah antara tengah malam hingga naik fajar sidiq 10 Zulhijjah walaupun sekejap. (b)Memadai lalu sahaja tanpa berhenti. Catatan tambahan: (a)Disunatkan mengutip anak-anak batu untuk melontar di Mina. (b)Jarak Muzdalifah dengan Arafah lebih kurang 8 kilometer. (c)Jika sampai di Muzdalifah sebelum tengah malam,maka jemaah haji hendaklah menunggu di sana sehingga selepas tengah malam. 7.Bermalam di Mina Ertinya:Berada di Mina pada 11,12 dan 13 Zulhijjah pada sebahagian malam di malam-malam tersebut. Catatan tambahan: Jemaah haji diharuskan tidak bermalam di Mina pada malam 13 Zulhijjah.Mereka hendaklah meninggalkan Mina (Nafar Awal) iaitu sebelum jatuh matahari pada hari ke-12 Zulhijjah. 8.Melontar di ketiga-tiga Jamrah: Erti melontar:Melontar dengan tujuh biji anak batu di Jamrah Aqabah pada hari 10 Zulhijjah dan di ketiga-tiga Jamrah pada 11,12 dan 13 zulhijjah dengan mengikut syarat-syaratnya yang tertentu. Nama-nama Jamrah atau jenis-jenis Jamrah: (a)Jamrah Ula iaitu Jamrah yang pertama. (b)Jamrah Wusta iaitu Jamrah yang tengah. (c)Jamrah Aqabah Jamrah Kubra iaitu Jamrah yang ketiga. Syarat-syarat melontar: (a)Hendaklah melontar dengan 7 biji anak batu sebanyak 7 lontaran setiap satu Jamrah. (b)Hendaklah melontar mengikut tertib iaitu bermula dengan Jamrah Ula,kemudian Wusta dan Aqabah pada hari 11,12 dan 13 Zulhijjah. (c)Hendaklah dengan niat semata-mata kerana Allah. (d)Hendaklah menggunakan anak batu. (e)Berkeyakinan bahawa batu yang dilontar itu masuk ke dalam Jamrah. (f)Melontar dengan gaya melontar,tidak memadai jika meletakkan sahaja. (g)Hendaklah melontar dengan tangan. (h)Tidak boleh melontar untuk orang lain kecuali setelah selesai melontar untuk dirinya.
Kedudukan dari Arafah ke Baitullahil-Haram
CATATAN TAMBAHAN (a)70 biji anak batu diperlukan untuk kesemua Jamrah iaitu 7 biji pada hari 10 Zulhijjah,21 biji untuk setiap hari berikutnya. (a)49 biji batu jika jemaah haji itu membuat Nafar Awal. ~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH