SEJARAH 9.15 USMAN BIN AFFAN - KHALIFAH KETIGA

9.15 USMAN BIN AFFAN - KHALIFAH KETIGA

1. Namanya ialah Usman bin Affan bin Abi As bin Umaiyah.
2. Beliau lebih muda 5 tahun daripada Rasulullah.
3. Sayidina Usman sentiasa bersama dengan Rasulullah(s.a.w.) semasa peperangan kecuali di dalam Peperangan Badar kerana isterinya sakit.
4. Sayidina Usman juga menjadi penulis wahyu bagi Rasulullah(s.a.w.).
5. Beliau berkahwin dengan puteri Rasulullah(s.a.w.),Rokiah,kemudian Ummi Kalsom,maka kerana itu ia digelar Zu-Nurain(yang mempunyai dua cahaya).
6. Sayidina Usman menjadi khalifah dari tahun 23H-35H bersamaan dengan 644M-656M.
7. Setelah tiga hari pemakaman Sayidina Umar,para sahabat yang ditetapkan oleh Umar untuk menggantikannya mengadakan mesyuarat dengan dipengerusikan oleh Abdul Rahman bin Auf.
8. Empat orang calon telah menarik diri maka tinggallah Sayidina Usman dan Sayidina Ali sahaja sebagai calon khalifah.
9. Abdul Rahman bin Auf diserahkan untuk memilih salah seorang daripada dua calon itu.
10.Abdul Rahman bin Auf berjumpa dengan para sahabat,panglima perang dan orang-orang yang terkemuka untuk meninjau pendapat mereka.
11.Mengikut persetujuan ramai,maka Sayidina Usman yang layak menjadi khalifah lalu diumumkan kepada orang ramai.
12.Dengan pengumuman ini maka terlantiklah Sayidina Usman sebagai khalifah Islam yang ketiga.
13.Apabila menerima lantikan itu,Sayidina Usman terus mengirimkan surat pekeliling kepada pegawai-pegawai kerajaan supaya memerintah dengana adil,jujur dan memberikan persamaan kepada semua lapisan masyarakat sama ada beragama Islam ataupun tidak.
14.Sesetengah pegawai pada masa Umar digantikan dengan pegawai-pegawai yang baru.
15.Di dalam ucapan dasarnya beliau menyeru supaya hidup bersatu padu,mengerjakan perkara yang baik-baik,rajin bekerja dan jangan melalaikan tugas terhadap Allah.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH