SEJARAH 9.12 PENAKLUKAN KERAJAAN ROM SEMASA UMAR

9.12 PENAKLUKAN KERAJAAN ROM SEMASA UMAR

1. Tentera Rom yang kalah di Yarmuk melarikan diri ke Damsyik,Fuhl dan Palestin.
2. Dengan perintah Sayidina Umar,maka tentera Islam di bawah pimpinan Abu Ubaidah Al-Jarrah menuju ke Damsyik dan tentera pimpinan Amru bin Al-As menuju ke Palestin.
3. Damsyik merupakan ibu negeri Syam yang penting dan kubu tentera yang kuat dan kukuh.
4. Tentera Islam mengepung Damsyik selama 70 hari.
5. Pada suatu malam Paderi Besar mengadakan jamuan bagi menyambut kelahiran anaknya.
6. Penduduk-penduduk Damsyik bersuka-ria di dalam majlis itu dan mereka berseronok seolah-olah tiada musuh di luar kota.
7. Kesempatan ini diambil oleh Khalid bin Al-Walid dengan cara memasang tali yang berupa tangga kemudian masuk ke dalam kota dan membuka pintu kota.
8. Tentera Islam menyerbu ke dalam kota dan dan menjadikan tentera Rom yang mabuk terpaksa mengaku kalah.
9. Dengan ini maka jatuhlah kota Damsyik kepada kerajaan Islam.
10.Setelah itu Abu Ubaidah Al-Jarrah menyerahkan pimpinan tentera di Damsyik kepada Yazid bin Abu Sufian.Beliau bersama dengan Khalid bin Al-Walid meneruskan perjuangan.
11.Mereka berjaya menawan Fuhl,Tabariah,Hims,Halab dan Antakiah.
12.Yazid bin Abu Sufian pula menawan bahagian tepi pantai Syam iaitu Beirut,Balabakka,Sida dan Sur.
13.Muawiyah bin Abu Sufian pula menawan Qaisariah di tepi pantai Syam juga.
14.Sementara itu panglima Amru bin Al-As ditugaskan menawan Palestin dan Urdun.
15.Amru berjaya menawan kota Ajnadain.Tentera Rom lari dan berkumpul di Baitul-Maqdis.
16.Amru mengepung kota Baitul-Maqdis dan akhirnya mereka meminta agar diadakan perdamaian dengan syarat Umar sendiri datang ke Baitul-Maqdis.
17.Umar datang ke Baitul-Maqdis dan mereka bersetuju membayar ufti kepada kerajaan Islam dengan kebebasan beragama dan beribadat.
18.Peristiwa Umar datang ke Syam kali pertama ini berlaku pada tahun 15 Hijrah.
19.Semasa Umar pergi ke Syam,Ali bin Abu Talib dilantik menjadi pemangkunya.

Penyakit Taun di Syam
_____________________
1. Pada tahun 18 Hijrah,penyakit taun telah merebak di Syam. 
2. Banyak penduduk di Syam meninggal dunia disebabkan oleh penyakit taun termasuk Abu Ubaidah Al-Jarrah,Muaz bin Jabal dan Yazid bin Abu Sufian.
3. Sekali lagi Umar datang ke Syam bagi menyusun pemerintahan di sana semula.
4. Ini merupakan kedatangan Umar kali yang kedua ke Syam semenjak menjadi khalifah Islam.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH