SEJARAH 9.13 PENAKLUKAN MESIR DAN TRIPOLI

9.13 PENAKLUKAN MESIR DAN TRIPOLI

1. Amru bin Al-As meminta kebenaran Sayidina Umar (semasa baginda datang ke Syam bagi kali kedua) untuk menawan Mesir.
2. Pada mulanya Sayidina Umar tidak membenarkannya tetapi setelah dipujuk oleh Amru maka diberikan juga kebenaran oleh Sayidina Umar.
3. Amru berangkat dengan tentera sebanyak 4000 orang.Di dalam perjalanan ia dapat menawan Al-Arisy,Al-Farms,Bilbis dan Ummu Daini.
4. Setiba di Mesir,Amru menyeru penduduk di sana memeluk Islam atau membayar ufti.
5. Seruan yang dibuat oleh Amru ini ditolak oleh gabenor Mesir,Al-Muqauqis,dengan hasutan Artabun,iaitu panglima Rom yang lari dari Palestin apabila Palestin ditawan oleh Islam.
6. Tentera bantuan seramai 12000 orang diketuai oleh Zubair bin Al-Awwam kemudian tiba.
7. Tentera Islam mengepung Babilion selama tujuh bulan dan akhirnya Mesir menyerah kalah serta sanggup membayar ufti.
8. Al-Muqauqis dikekalkan menjadi gabenor.Maka jatuhlah sebahagian Mesir kepada kerajaan Islam.
9. Amru kemudian membina masjid di Mesir.
10.Masjid itu dikenali sebagai Masjid Jamik Amru bin Al-As.
11.Di sekeliling masjid itu didirikan khemah-khemah tentera yang dikenali sebagai Al-Fustat.
12.Akhirnya bandar itu dikenali dengan nama Fustat dan merupakan bandar pertama di Mesir dalam Islam.
13.Setelah itu Amru bergerak ke Iskandariah.Di dalam perjalanannya ia mengalahkan tentera Rom dan Kibti.
14.Amru menyeru penduduk Iskandariah berdamai tetapi ditolak.Akhirnya berlaku peperangan dan dimenangi juga oleh pihak Islam.
15.Dengan jatuhnya Iskandariah kepada kerajaan Islam,maka seluruh Mesir sudah dapat ditawan oleh tentera Islam.
16.Amru mara lagi ke Sahara hingga sampai ke Burkhah lalu menawan Tripoli.
17.Apabila diketahui oleh Sayidina Umar bahawa Amru telah menawan Tripoli,baginda memerintahkan Amru memberhentikan penaklukannya.
18.Amru pulang ke Al-Fustat.

Kerajaan Islam
______________
1. Kerajaan Islam yang luas ini terbentang dari timur perbatasan tanah besar China dan dari barat memanjang sehingga ke Burkhah di Tripoli(Libya).
2. Dari utara pula meliputi Laut Kaspian memanjang ke selatan sampai ke Naubah di Afrika.
3. Ini meliputi negeri-negeri Farsi,Iraq,Syam,Mesir dan Tripoli.

Sebab-sebab Islam Mencapai Kejayaan
___________________________________
1. Tentera Islam sentiasa bersatu padu dan patuh kepada perintah agama.
2. Mereka kuat berpegang kepada qada dan qadar.Manusia hanya wajib berusaha dan berikhtiar sahaja.
3. Tentera Islam juga berjuang dengan semangat yang berani.
4. Perjuangan mereka adalah dengan hati yang ikhlas kerana Allah.
5. Tentera Islam juga diketuai oleh panglima yang handal dan bijak.
6. Kezaliman pemerintah pada masa itu memudahkan tentera Islam menang.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH