SEJARAH 9.17 KEWAFATAN KHALIFAH USMAN

9.17 KEWAFATAN KHALIFAH USMAN

1. Pada akhir pemerintahan Sayidina Usman telah timbul perselisihan faham,hasut-menghasut,fitnah-memfitnah dan merebut pengaruh sesama sendiri.
2. Ini berlaku kerana beberapa faktor:
   (a) Sifat pemalu dan lemah lembut Sayidina Usman yang selalu memberikan kemaafan kepada yang bersalah. 
   (b) Perlantikan pegawai-pegawai kerajaan yang terdiri daripada kaum keluarga bani Umaiyah(yang kebetulan berkelayakan) dengan memberhentikan sebahagian pegawai semasa Umar;
   (c) Semasa zaman Sayidina Umar,orang-orang Quraisy tidak boleh berpindah sesuka hati dan mesti mendapat kebenaran baginda terlebih dahulu.Tetapi berlainan pada masa Sayidina Usman,mereka bebas berpindah untuk mencari kekayaan.Ini menimbulkan semangat mementingkan diri sendiri.
   (d) Abdullah bin Sabak,yang berbangsa yahudi,berpura-pura Islam telah menghasut orang ramai supaya membenci Sayidina Usman dengan alasan Sayidina Usman tidak berhak menjadi khalifah dan orang yang berhak adalah Ali bin Abu Talib.
3. Gabenor Basrah yang bernama Abdullah bin Amru telah bertindak menghalau Abdullah bin Sabak setelah diketahui akan kegiatannya itu.Ia lari ke Kufah,kemudian ke Mesir.
4. Orang yang menerima hasutan Abdullah bin Sabak mengadakan tunjuk perasaan dan mereka berarak ke Madinah.
5. Mereka ini daripada orang Mesir 500 orang dan beratus-ratus orang dari Basrah dan Kufah dengan alasan menyuruh Sayidina Usman memberhentikan pegawai-pegawai yang berkeluarga dengannya.
6. Mereka bersurai setelah diberikan jaminan oleh Sayidina Usman.
7. Di dalam perjalanan pulang,lalu seorang pemuda yang menunggang unta dan dan didapati bersamanya sepucuk surat yang bercap mohor kerajaan yang ditujukan kepada gabenor Mesir,Abdullah bin Saad.
8. Kandungan surat itu ialah mengarahkan pembunuhan para penunjuk perasaan yang diketuai oleh Muhammad bin Bakar setiba di Mesir.
9. Ahli sejarah menganggap orang yang bertanggungjawab menulis surat palsu itu ialah Marwan bin Al-Hakam,jurutulis Sayidina Usman.
10.Apabila terbaca surat itu,rombongan Mesir,Kufah dan Basrah kembali ke Madinah.
11.Sayidina Usman yang tidak tahu-menahu akan surat itu tetap menafikan tuduhan yang dibuat oleh penunjuk-penunjuk perasaan itu.Mereka kemudian mendesak Sayidina Usman supaya meletakkan jawatan tetapi beliau tidak mahu.
12.Mereka lalu mengepung rumah Sayidina Usman selama 22 hari dan kemudian membunuhnya.
13.Pembunuhan Sayidina Usman berlaku pada hari Jumaat 18 Zulhijah 35 Hijrah tatkala beliau berumur 82 tahun.
14.Sayidina Usman memerintah kurang sehari 12 tahun.

Jasa-jasa Usman
_______________
1. Sayidina Usman mengusahakan kerja menyalin naskah Al-Quran dan disebarkan ke seluruh wilayah Islam.Naskah ini dikenali dengan "Mashaf Usman" dan digunakan sehingga sekarang ini.
2. Beliau mengadakan azan dua kali bagi solat Jumaat,pertama menandakan masuk waktu dan kedua memulakan khutbah dan solat.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH