SEJARAH 9.16 PERJUANGAN PADA MASA SAYIDINA USMAN

9.16 PERJUANGAN PADA MASA SAYIDINA USMAN

1. Negeri-negeri yang ditawan semasa Sayidina Umar belum tetap di dalam pemerintahan Islam dan apabila Sayidina Usman menjadi khalifah mulalah mereka cuba untuk memberontak tetapi dapat dipatahkan oleh Sayidina Usman.
2. Pada akhir pemerintahan Umar,sebahagian Syam di bawah pimpinan Muawiyah bin Abu Sufian.
3. Setelah Sayidina Usman menjadi menjadi khalifah,seluruh negeri Syam diserahkan kepada Muawiyah.
4. Muawiyah bin Abu Sufian mengadakan serangan darat dan laut hingga ke Umuriah dan Pulau Cyprus.Kemudian ia menghantar panglima Habib bin Muslimah menawan Arminiandan Tiflis.
5. Sayidina Usman memerintahkan Muawiyah menyediakan kapal perang dan melantik Abdullah bin Qais Al-Harisi menjadi laksamananya.
6. Amru bin Al-As pula menjadi gabenor di Mesir.
7. Pada tahun 25 Hijrah,penduduk Iskandariah telah memberontak kecuali Al-Muqauqis.
8. Amru bin Al-As berkejar ke sana dan setelah berlaku pertempuran yang hebat,pemberontak itu dapat dihapuskan.
9. Dengan kebenaran Sayidina Usman,maka Amru menghantar tentera yang diketuai oleh Abdullah bin Saad ke Afrika Utara dan Tunisia untuk meluaskan lagi kerajaan Islam di samping mengembangkan agama Islam di sana.
10.Usman menghantar tentera untuk membantu Abdullah bin Saad dengan diketuai oleh Abdullah bin Al-Zubair.
11.Setelah menawan Afrika Utara dan Tunisia,maka satu perlima daripada harta rampasan dihantar kepada kerajaan Islam di Madinah.
12.Pada tahun 26 Hijrah,Usman melucutkan Amru bin Al-As sebagai gabenor di Mesir dan digantikan dengan Abdullah bin Saad.
13.Abdullah bin Nafik dilantik menjadi gabenor di Afrika Barat.

Peperangan Sawari
_________________
1. Pada tahun 31 Hijrah,Raja Rom melengkapkan angkatan tentera laut dengan kapal perang yang berjumlah 600 buah untuk memerangi kerajaan Islam dari laut pula.
2. Abdullah bin Saad dari Mesir dan Muawiyah bin Abu Sufian dari Syam keluar menentang musuh di Laut Tengah(Laut Mediterranean).
3. Peperangan yang hebat berlaku dan akhirnya dimenangi oleh pihak Islam.
4. Peperangan ini dikenali sebagai Peperangan Sawari(tiang-tiang kapal) kerana banyaknya tiang-tiang kapal diikat antara satu dengan yang lain.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH