SEJARAH 9.14 KEWAFATAN KHALIFAH UMAR

9.14 KEWAFATAN KHALIFAH UMAR

1. Pada tahun 23 Hijrah,Sayidina Umar mengerjakan haji.
2. Setelah kembali dari Mekah,semasa menjadi imam solat Subuh,Sayidina Umar ditikam oleh Abu Lukluah.
3. Setelah menikam Sayidina Umar,Abu Lukluah menikam ahli jemaah sebanyak dua belas orang,kemudian lalu menikam dirinya sendiri.
4. Abdul Rahman bin Auf kemudian menggantikan baginda menjadi imam solat.
5. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir,Sayidina Umar mencalonkan sahabat-sahabat yang layak untuk menjadi khalifah bagi menggantikannya.Mereka ialah:
   (a) Ali bin Abi Talib;
   (b) Usman bin Affan;
   (c) Abdul Rahman bin Auf;
   (d) Al-Zubair bin Al-Awwam;
   (e) Saad bin Abi Waqas;
   (f) Talhah bin Ubaidah.
6. Anaknya Abdullah diperintahkan menjadi saksi perundingan itu dengan syarat ia tidak dicalonkan.
7. Pada malam Rabu,akhir bulan Zulhijjah 23 Hijrah,Sayidina Umar wafat.
8. Ketika itu Sayidina Umar berumur 63 tahun.Baginda dimakamkan berhampiran dengan makam Rasulullah(s.a.w.) dan Abu Bakar.
9. Sayidina Umar menjadi khalifah selama sepuluh tahun enam bulan empat hari.
10.Abu Lukluah yang membunuh Sayidina Umar(nama sebenar Fairuz) adalah hamba kepada Al-Mughirah bin Syukbah.Ia beragama Majusi dan berbangsa Farsi.
11.Abu Lukluah membunuh Umar kerana dia pernah membuat pengaduan kepada Umar supaya Umar dapat mengurangkan wang yang mesti diserahkan kepada tuannya,yang dikatakan terlalu tinggi,tetapi dia tidak dapat memberikan alasan yang munasabah.Maka Sayidina Umar menolak aduannya itu.

Jasa-jasa Umar
______________
1. Menggantikan gelaran Khalifah Rasulullah kepada gelaran Amirul-Mukminin iaitu yang memerintah orang-orang mukmin.
2. Menyusun pentadbiran Baitul-Mal dengan mengadakan buku kira-kira.
3. Menggunakan tahun Hijrah di dalam sesuatu urusan.
4. Mengadakan pejabat-pejabat pos di tiap-tiap wilayah Islam.
5. Menyusun tangga gaji anggota kerajaan.
6. Membuka terusan yang menyambungkan Sungai Nil dengan dengan Laut Merah.
7. Mengadakan kadi-kadi di wilayah Islam.
8. Mengadakan gabenor-gabenor di wilayah Islam.
9. Mengadakan peraturan memungut cukai.
10.Pelopor solat terawih beramai-ramai.
11.Mengadakan rancangan pembangunan - mendirikan masjid,rumah persinggahan,membuka bandar baru dan sebagainya.

Kejadian yang Patut Dijadikan Teladan
_____________________________________
1. Keadilan:
   Anak gabenor Mesir,Amru bin Al-As,memukul seorang Kibti lalu ia mengadu kepada Umar di Madinah.Umar memanggil Amru dan anaknya datang ke Madinah.Maka Umar menyuruh Kibti itu memukul anak Amru di tengah khalayak ramai dengan sebatang tongkat.
2. Mengaku kesilapan:
   Umar memberitahu orang ramai supaya jangan meninggikan mas kahwin dan jika melebihi 400 dirham hendaklah dimasukkan ke Baitul-Mal.Seorang perempuan berkata kepada Umar:"Tidakkah Tuhan berfirman:Dan kalau kamu hendak menukarkan isteri dengan isteri yang lain dan telah kamu berikan kepadanya harta yang banyak,jangan kamu ambil daripadanya sedikit pun".Umar mengumumkan kesilapannya itu.
3. Tidak berkebesaran:
   Sayidina Umar menolong penjual kasut yang muatannya hampir jatuh.
4. Mengambil berat akan hal rakyat:
   Sayidina Umar menyamar diri untuk melihat keadaan rakyatnya dengan mata kepala sendiri.Pernah berlaku seorang perempuan merebus batu untuk memujuk anaknya yang dalam kelaparan.Maka Umar memberikan gandum untuk makanan kanak-kanak itu.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH