SEJARAH 9.18 ALI BIN ABI TALIB - KHALIFAH KEEMPAT

9.18 ALI BIN ABI TALIB - KHALIFAH KEEMPAT

1. Nama sebenarnya ialah Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf.
2. Sayidina Ali adalah sepupu Rasulullah(s.a.w.) dan memeluk Islam semasa masih kecil lagi.
3. Beliau adalah kanak-kanak yang pertama memeluk Islam.
4. Sayidina Ali terkenal dengan gagah berani,handal bermain pedang dan petah berpidato.
5. Beliau menyertai Rasulullah(s.a.w.) di dalam semua peperangan kecuali Peperangan Tabuk kerana dilantik oleh Rasulullah(s.a.w.) menjadi pemangkunya mengetuai kerajaan Islam.
6. Sayidina Ali memerintah kerajaan Islam dari tahun 35H-40H(65M-661M).
7. Pada awalnya telah timbul perselisihan faham bagi pemilihan khalifah setelah kewafatan Sayidina Usman.
8. Kaum pemberontak terbahagi kepada beberapa golongan.
9. Mengikut pendapat terbanyak daripada pemberontak,Alilah orang yang paling layak menjadi khalifah.
10.Mereka meminta Sayidina Ali menjadi khalifah tetapi ditolak oleh Sayidina Ali pada awalnya.
11.Setelah didesak begitu kuat oleh orang ramai,maka Sayidina Ali pun bersetuju menjadi khalifah.
12.Dengan ini terlantiklah Sayidina Ali menjadi khalifah Islam yang keempat.
13.Walaupun begitu,ada juga para sahabat yang berkecuali dalam perlantikan ini,iaitu:
   (a) Abdullah bin Umar bin Al-Khattab;
   (b) Hassan bin Sabit;
   (c) Zaid bin Sabit;
   (d) Saad bin Abi Waqas.
14.Sebagai khalifah yang baru dilantik,Sayidina Ali telah memberikan ucapan dasar.Di antaranya beliau menyuruh umat Islam berpegang kepada kitab Allah,kelebihan orang Islam dengan beberapa kehormatan serta ikhlas dan menasihati orang ramai supaya menjaga lidah untuk mengelakkan fitnah-memfitnah.
15.Tindakan pertama beliau pula ialah melucutkan jawatan beberapa orang gabenor yang dilantik oleh Sayidina Usman dan digantikan dengan gabenor yang baru.
16.Antara yang terlucut jawatan ialah Muawiyah bin Abu Sufian.
17.Muawiyah bin Abu Sufian marah akan pembunuhan Sayidina Usman.Ia mahu menuntut bela dan tidak mengiktiraf Ali sebagai khalifah dengan alasan:
   (a) Sayidina Ali terlibat di dalam pembunuhan Sayidina Usman;
   (b) Sayidina Ali membiarkan pembunuh Sayidina Usman bersama dengan tenteranya;
   (c) Sayidina Ali melucutkannya daripada menjadi gabenor Syam.
 
Peperangan Jamal
________________

1. Semasa Sayidina Ali bersiap-sedia untuk memerangi Muawiyah maka sampai berita yang menyatakan Saiyiditina Aisyah,Talhah dan Al-Zubair ingin menuntut bela di atas kematian Sayidina Usman.
2. Ali menuju ke Basrah untuk menyelesaikan masalah itu dan bersetuju menghukum pembunuh Saidina Usman.
3. Orang-orang Yahudi yang berpura-pura Islam menghasut pengikut-pengikut Sayiditina Aisyah supaya memerangi Sayidina Ali.
4. Dengan hasutan ini maka terjadilah peperangan di antara Sayidina Ali dengan Sayiditina Aisyah yang dimenangi oleh Sayidina Ali.
5. Peperangan ini dikenali dengan nama Peperangan Jamal kerana Sayiditina Aisyah menunggang unta dan kaki unta itu telah dipotong oleh tentera Sayidina Ali.
6. Sayidina Ali menghantar Sayiditina Aisyah ke Madinah secara hormat setelah menjelaskan keadaan sebenarnya.
7. Peperangan ini berlaku pada tahun 36 Hijrah dan merupakan peperangan yang pertama sesama Islam.

Peperangan Siffin
_________________
1. Setelah berlaku peperangan Jamal,maka Sayidina Ali terus menuju ke Syam untuk membuat penyelesaian dengan Muawiyah.
2. Mereka berkumpul di Siffin yang berhampiran dengan Sungai Furat.
3. Sayidina Ali mahu akan perundingan tetapi ditolak oleh Muawiyah.Kemudian Sayidina Ali mengajak Muawiyah menentang beliau sendiri agar orang Islam tidak terkorban.Ini juga ditolak oleh Muawiyah.
4. Akhirnya berlaku peperangan pada hari Rabu,awal bulan Safar tahun 37 Hijrah.
5. Peperangan berlaku sehingga seminggu dan pihak Muawiyah hampir kalah,Amru bin Al-As mencadangkan supaya dijulang Al-Quran pada tombak dan lembing masing-masing bagi menandakan ingin berdamai.
6. Melihatkan tentera Muawiyah berbuat demikian,maka tentera Sayidina Ali terbahagi kepada dua golongan:
   (a) Satu golongan bersetuju untuk berdamai;
   (b) Satu golongan tidak bersetuju berdamai.
7. Setelah diundi maka keputusannya ialah yang ingin akan perdamaian menang.
8. Mereka bersetuju memilih wakil untuk mengadakan perundingan.Wakil itu ialah:
   (a) Amru bin Al-As mewakili Muawiyah;
   (b) Abu Musa Al-Asyaari mewakili Sayidina Ali.
9. Mereka menetapkan juga tarikh dan tempat diadakan perundingan iaitu pada bulan Ramadhan 37 Hijrah,di Daumarul-Jandal.

Majlis Tahkim
_____________
1. Pada masa yang ditetapkan maka kedua-dua wakil dengan diikuti oleh penyokong masing-masing membincangkan soal pembunuhan Sayidina Usman dan jawatan khalifah.
2. Tidak dapat penyelesaian di dalam masalah yang dibincangkan dan akhirnya kedua-dua pihak bersetuju melucutkan Sayidina Ali dan Muawiyah daripada jawatan khalifah.
3. Abu Musa Al-Asyaari,yang jujur dan betul-betul ingin akan perdamaian,mengisytiharkan perlucutan jawatan Ali.
4. Apabila mendengar Abu Musa mengisytiharkan perlucutan jawatan Sayidina Ali maka Amru Al-As membuat helah dengan melantik/mengekalkan jawatan Muawiyah sebagai khalifah tetapi melucutkan jawatan Sayidina Ali.
5. Amru pulang ke Syam dan Abu Musa pergi ke Mekah,tidak berani ke Kufah menemui Ali.

Kemunculan Golongan Khawarij
____________________________
1. Golongan yang menentang perdamaian  di Siffin dikenali dengan golongan Khawarij iaitu yang keluar daripada menyokong Ali.
2. Golongan ini diketuai oleh Abdullah bin Wahab Al-Rasiby.
3. Golongan ini mempunyai pengikut sebanyak 12000 orang dan mereka menentang Sayidina Ali dan Muawiyah.
4. Semasa Sayidina Ali bersiap-sedia dengan tentera yang berjumlah 70000 orang untuk memerangi Muawiyah,maka sampai berita yang menyatakan puak Khawarij sedang berkumpul di Nahrawan dan mengganggu orang yang lalu lalang di sana.
5. Ali bersama dengan tenteranya menuju ke sana dan dapat mengalahkan puak Khawarij ini pada tahun 38 Hijrah.
6. Semasa Sayidina Ali memerangi puak Khawarij,Muawiyah mengambil kesempatan menguasai Mesir,Hijaz dan Yaman.

~Ilmu ini dikongsi oleh ksu asbkl

Popular posts from this blog

TAUHID 5.3 MUKJIZAT

SEJARAH 7.21 HIJRAH KE HABSYAH KALI PERTAMA

SEJARAH 8.1 PENDUDUK MADINAH SEBELUM DAN SESUDAH HIJRAH